SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

Seseorang perlulah membuat persediaan dalam setiap perkara yang hendak dilakukan sebagai contoh apabila hendak membeli tanah. Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli tanah terutamanya ialah lokasi tanah, pegangan hak milik, harga tanah, jenis geran, dan halangan atau sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut.

Lazimnya, pembeli akan menitikberatkan lokasi tanah yang hendak dibeli dengan harga yang ditawarkan oleh penjual. Ini kerana dalam soal pembelian tanah, kawasan tanah yang berdekatan dengan pekan-pekan atau bandar-bandar utama yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur, prasarana dan kemudahan awam seperti sekolah, klinik, masjid, pasar dan sebagainya lebih mendapat sambutan dalam perkara jual beli hartanah. Biasanya, kawasan tapak tanah yang berkenaan mempunyai nilai harga yang lebih tinggi berbanding dengan tapak tanah yang berada di kawasan luar bandar atau kawasan yang kurang membangun.

Di samping itu, faktor-faktor lain juga adalah penting seperti pegangan hak milik yang mempunyai status pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajak (leasehold). Membeli hartanah pegangan bebas dengan hak milik kekal bermakna hak individu ke atas tanah tersebut adalah untuk selama-lamanya. Jika pegangan pajak, bermakna hak individu untuk memiliki tanah tersebut hanya selama tempoh pajakan biasanya sehingga 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium. Selain itu juga, nilai pasaran hartanah pegangan bebas lebih tinggi manakala nilai hartanah pegangan pajakan pula akan menurun apabila hampir tamat tempoh pajakan. Faktor ini menyebabkan kebanyakan pembeli membeli tanah yang berstatus pegangan bebas.

Seterusnya ialah jenis geran tanah dimana terdapat dua jenis geran iaitu geran individu dan geran kongsi. Bagi pembeli yang berkemampuan kebanyakan mereka akan mencari geran individu berstatus bangunan kerana kadar kenaikan nilai lebih tinggi dari geran kongsi berstatus pertanian dan bagi mereka yang kurang berkemampuan cukup sekadar untuk membeli tanah lot lidi (berangkai) berstatus pertanian sama ada untuk membina rumah kediaman atau untuk pelaburan hartanah kerana harganya jauh lebih murah dari tanah lot bergeran individu.

Perkara terakhir yang perlu diteliti apabila hendak membeli tanah ialah periksa sama ada terdapat sebarang halangan atau sekatan ke atas hartanah tersebut kerana ianya akan menjejaskan pemindahan hak milik atau penjualan hartanah. Untuk kepastian mengenai tanah sama ada terdapat halangan atau sekatan berkepentingan, pembeli boleh untuk buat carian di Pejabat Daerah dan Tanah yang berdekatan dengan lokasi kawasan tanah tersebut.
  • Dimanakah tanah lahar yooi?
    Kawasan tanah berada di seberang perai utara pulau pinang. Jika dari utara ke selatan (Lebuhraya Utara – Selatan), selepas tol sungai dua masuk simpang ke sungai dua sampai jumpa lampu isyarat ambil kiri. Seterusnya jalan terus sampai jumpa simpang tiga ke lahar yooi, ambil laluan kanan sehingga jumpa masjid at-taqwa lahar yooi. Kawasan tanah bersebelahan dengan jambatan. Jarak antara simpang masuk ke sungai dua ke tapak kawasan tanah ialah 6.3km dalam masa 9 minit akan sampai ke kawasan tanah.

    Untuk lebih terperinci, terdapat applikasi google map dimana kawasan tapak tanah lahar yooi telah ditandakan dengan marker. Boleh rujuk disini untuk keterangan lanjut.

    Selain itu juga, pihak Amariman telah menyediakan khidmat “mesra pelanggan” dimana pembeli boleh membuat temu janji dengan pihak syarikat untuk melawat kawasan tapak tanah. Boleh talefon terus ke 04-397 8828 atau emailkan maklumat diri serta perkara ke amarimandev@gmail.com.

    Sila klik disini untuk peta lokasi lahar yooi.
  • Bagaimana hendak buat tempahan tanah lot?
    1. Tempahan tanah lot boleh boleh dibuat melalui laman web amariman.com. Sebelum itu sila buat pembayaran RM1000 terlebih dahulu ke akaun bank Amar Iman Development Sdn Bhd (557401503052) sebagai kriteria kelayakan untuk tempahan atas talian. Kemudian layari laman web amariman dan isikan maklumat diri serta muat turun bukti pembayaran serta salinan kad pengenalan dalam bentuk dokumen atau gambar seperti .doc, .pdf .rtf, .jpg dan .png didalam ruang yang telah disediakan.
    2. Selain dari itu, boleh emailkan atau faks salinan kad pengenalan beserta bukti pembayaran duit tempahan RM1000 ke akaun bank Amar Iman Development Sdn Bhd (557401503052). Setelah siap dokumen perjanjian jual beli tanah dalam masa 2 minggu, baru bayar deposit sebanyak 50% daripada harga jualan akan ditolak dengan pembayaran wang tempahan sebanyak RM1000.
    3. Cara terakhir ialah boleh datang terus ke pejabat Amar Iman Development Sdn Bhd dan kakitangan Amariman akan uruskan proses tempahan tanah lot.
  • Apakah proses-proses yang perlu dilalui apabila hendak membeli tanah?
    1. Pilih tanah lot yang diminati dan pastikan tanah lot yang dipilih masih belum dijual atau belum ditempah.
    2. Sila isikan borang yang disediakan pihak syarikat atau boleh isikan borang tempahan atas talian.
    3. Setelah siap document perjanjian jual beli tanah dalam masa 2 minggu, sila datang ke pejabat peguam yang telah dinyatakan dalam laman web amariman.
    4. Wang pendahuluan sebanyak 50% daripada harga tanah mesti dibayar semasa menandatangani surat perjanjian jual beli tanah.
    5. Bayar Tunai : baki 50% daripada harga tanah mesti dibuat dalam masa 3 bulan.
      Bayar Ansuran : baki 50% daripada harga tanah mesti dibuat dalam masa 1 hingga 3 tahun.
    6. Proses nama masuk dalam geran tanah jangkaan antara 1-3 tahun. Tetapi tanah tersebut boleh digunakan 6 bulan setelah bayaran penuh.
  • Berapakah harga tanah lot?
    Harga tanah lot di Lahar Yooi anggaran antara RM 60,000.00 hingga RM 100,00.00 berdasarkan keluasan tanah yang dibeli. Boleh rujuk disini untuk lebih lanjut mengenai harga tanah dan maklumat pembayaran harga lot tanah secara tunai dan ansuran.
  • Bolehkan membuat pinjaman dengan syarikat Amar Iman Development Sdn Bhd?
    Ya boleh, Syarikat Amar Iman Development Sdn Bhd ada menyediakan pinjaman untuk membeli tanah. Salah satu sebab pihak syarikat ada menyediakan pinjaman adalah untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah untuk membiayai kos pembelian tanah.

    Jumlah had pinjaman maksimum bagi pembelian tanah adalah 50% daripada harga tanah.

    Akhir sekali ialah tempoh jangka masa bayaran balik pinjaman yang diberikan oleh pihak syarikat adalah selama 3 tahun. Boleh dirunding untuk panjangkan tempah bayaran balik wang pinjaman dengan budi bicara pihak syarikat.
  • Adakah boleh membuat pinjaman bank untuk pembelian tanah dan pembinaan rumah?
    Pinjaman bank tidak dapat dibuat untuk urusan pembelian tanah atau pembinaan rumah. Kebiasaan mereka membuat pinjaman peribadi untuk membeli tanah dan mengeluarkan wang KWSP untuk membina rumah.

    Tetapi bagi individu (termasuk pasangan) yang bekerja dengan sektor swasta dan belum mempunyai rumah boleh memohon untuk Skim Pinjaman Perumahan (SPP) dibawah akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Boleh rujuk disini untuk maklumat lanjut mengenai SPP.