PEMBINAAN RUMAH & BANGUNAN
1. PROJEK BANGLO TIGA TINGKAT
Projek pembinaan rumah banglo 3 tingkat diatas rumah yang beralamat di No 9, Lorong Desa Sutera, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. Rumah yang dibina adalah rumah kediaman jenis rumah kos tinggi dimana terdapat 8 bilik tidur dan dilengkapi kemudahan 8 bilik air berkonsepkan rumah mesra keluarga, selesa dan serba lengkap. Spesifikasi lain yang terdapat pada rumah tersebut ialah 3 Ruang Tamu (Tingkat atas & bawah), Ruang Keluarga, Ruang Makan, Dapur, Balkoni, 1 Bilik Simpanan Barang dan 3 Tempat letak kereta. Kawasan sekeliling luar rumah pula dilengkapi dengan pagar konkrit dan hiasan landskap di kawasan halaman rumah. Anggaran nilai projek tersebut bernilai RM 2 800,000.00 (Ringgit Malaysi: Dua Juta Lapan Ratus Ribu sahaja). Anggaran projek tersebut siap sepenuhnya dalam masa 1 tahun 2 bulan sahaja. Projek tersebut telah pun siap ke tahap 85%.
Klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih besar
2. PROJEK MEMBINA TEMPAT PERANGINAN DI LAHAR YOOI
Membina dan menyiapkan sebuah tempat peranginan (Resort) diatas tanah Lot 4975, Mukim 11, Sungai Korok, Lahar Yooi, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Projek di lahar yooi telah bermula pada awal bulan Jun 2014. Projek ini telah dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan tapak, penambunan tanah dan pemasangan sistem saliran dan perparitan dan lain-lain yang memakan belanja sebanyak RM 900,123.00. Anggaran nilai bagi projek membina tempat peranginan di kawasan tapak projek ialah RM 3,600,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Juta Enam Ratus Ribu sahaja). Projek tersebut telah pun siap ke tahap 20%. GPS Koordinat tapak projek ialah 5.463211, 100.465129.
Klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih besar
3. PROJEK BANGLO DUA TINGKAT
Projek pembinaan rumah banglo 2 tingkat diatas lot 324, Ayer Puteh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Rumah yang dibina adalah rumah kediaman jenis rumah kos tinggi dimana terdapat 8 bilik tidur dan dilengkapi kemudahan 3 bilik air berkonsepkan rumah mesra keluarga, selesa dan serba lengkap. Spesifikasi lain yang terdapat pada rumah tersebut ialah 2 Ruang Tamu (Tingkat atas & bawah), Ruang Keluarga, Ruang Makan, Dapur, Balkoni, 1 Bilik Simpanan Barang dan 3 Tempat letak kereta. Kawasan sekeliling luar rumah pula dilengkapi dengan pagar konkrit dan hiasan landskap di kawasan halaman rumah. Nilai projek tersebut bernilai RM 420,000.00 (Ringgit Malaysi: Empat Ratus Dua Puluh Ribu sahaja). Projek tersebut telah siap sepenuhnya dalam masa 6 bulan sahaja
Klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih besar
