GAMBARAN MENGENAI SYARIKAT

Amar Iman Development Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 22 Mei 2012 telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965,sebagai sebuah syarikat persendirian.

Amar Iman Development Sdn Bhd adalah salah satu pemaju hartanah di Malaysia yang berperanan dan berfungsi dalam sektor pembangunan hartanah di negara Malaysia. Sebagai satu jenama yang baru dalam industri hartanah, kami hanya beroperasi di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak sahaja. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam sektor hartanah, syarikat akan terus maju kehadapan dalam meneraju kediaman mampu milik di Malaysia dengan memastikan setiap projek-projek kediaman Amariman yang dibina mempunyai nilai tambah dalam memenuhi tanggungjawap sosial dan saingan pasaran.


about us

Syarikat Amar Iman Development Sdn Bhd juga adalah sebuah syarikat Hak Milik Penuh Bumiputera yang membeli tanah dan melakukan usaha kerja-kerja pembangunan dan hal ehwal tanah dalam negeri pulau pinang secara amnya. Syarikat terlibat juga dalam kerja-kerja tender kerajaan serta dari badan-badan korporat, syarikat-syarikat GLC yang berstatus di Malaysia. Syarikat akan berusaha untuk memantap dan memperkukuhkan lagi jenama Amariman di seluruh negara dengan menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti, dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Pelbagai perkhidmatan telah disediakan oleh pihak syarikat contohnya seperti:-

  • Pembinaan Rumah & Bangunan
  • Pengubahsuaian Rumah Kediaman
  • Pengurusan Pelukis Pelan Rumah & Bangunan
  • Pengurusan Ukur Tanah
  • Pecah Bahagian Tanah
  • Tambun Tanah
  • Pembinaan Sistem Saliran & Perparitan
Kami telah membangunkan satu budaya dalam organisasi, kecekapan, kerja berpasukan, inovasi, tumpuan pelanggan dan kualiti untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari masa ke semasa dan akan terus melakukan penambahbaikan dalam kerja-kerja yang kami lakukan.