PERKEMBANGAN TERKINI

29-12-2015
ASET SYARIKAT

Aset syarikat sebuah kereta Toyota Hilux Double Cab 2.5AT digunakan untuk kemudahan perjalanan dalam meningkatkan lagi perkhidmatan syarikat Amar Iman Development Sdn Bhd.

03-09-2015
AKTA A1450 – KONSEP PENGELUARAN HAKMILIK STRATA DAN PEMILIKAN KOSONG SECARA SERENTAK

Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) telah mula berkuatkuasa melalui pada 1 Jun 1985 bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Objektif utama AHS adalah untuk membolehkan tanah beri hakmilik (alienated land) mempunyai hakmilik-hakmilik berasingan secara berlapis (multi-layer ownership) dengan cara:

1. pengeluaran hakmilik strata melalui proses pecah bahagi bangunan atau tanah (land parcel): dan
2. pewujudan perbadanan pengurusan sebagai mekanisma pengurusan ‘self-governance’ bagi mengawal selia pentadbiran skim strata yang berkenaan setelah hakmilik-hakmilik strata didaftarkan.

Pindaan terkini kepada AHS iaitu melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong atau vacant possession (VP) secara serentak. Melalui pengenalan konsep baru ini, masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata akan dapat dipendekkan dan hakmilik strata dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Asas pindaan undang-undang hakmilik strata di bawah Akta A1450 ini pada umumnya adalah menekankan keperluan menjadikan pengurusan hakmilik strata yang setanding dengan kehendak dan kepentingan pelanggan (customer-focused services) serta bermatlamatkan penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran tanah dalam pengurusan dan pengeluaran hakmilik strata.

06-08-2015
AI RENOVATION

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak syarikat Amar Iman Development adalah pengubahsuaian rumah kediaman.

Objektif utama kami adalah memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan dengan menyiapkan kerja yang diberikan secepat yang mungkin dengan hasil yang berkualiti pada harga yang mampu.

Sila like page kami di https://www.facebook.com/aidrenovations

16-07-2015
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua yang telah menyokong dan memberi kepercayaan penuh kepada syarikat Amar Iman Development Sdn Bhd ikhlas daripada Pengarah Urusan dan bahagian pengurusan syarikat.

PENGUMUMAN

  1. Terdapat 3 lagi kekosongan plot yang masih belum ditempah untuk fasa 1 di Ayer Puteh, Balik Pulau, Pulau Pinang bagi projek Desa Amar Iman yang menawarkan 3 rekabentuk rumah kediaman iaitu Teratak Along, Teratak Angah dan Teratak Alang.
  2. Rumah contoh (Teratak Along) bagi projek Desa Amar Iman akan mula dibangunkan pada hujung bulan 2 tahun 2016.

Amar Iman Development @ Google

Amar Iman Development @ Facebook

Amar Iman Development @ Instagram

Amar Iman Development @ Twitter

Amar Iman Development @ Youtube