DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI UNTUK PELANGGAN / BAKAL PELANGGAN

  1. 1. Pengumpulan Data Peribadi

    Notis Data & Maklumat Peribadi ini diterbitkan kepada semua pelanggan / bakal pelanggan yang kami hargai, selaras dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (“PDPA”).

    Kami mengambil serius mengenai data peribadi anda.

    Sewaktu berurusan dengan Amar Iman Development Sdn Bhd (“AIDSB”) sebagai pelanggan / bakal pelanggan, anda akan diminta untuk menyediakan data dan maklumat peribadi anda (“Data Peribadi”) untuk tujuan mengenalpasti urusan urus niaga atau menyampaikan notis, perkhidmatan syarikat dan / atau informasi produk yang berkaitan. Permintaan ini diadakan bagi tujuan penyelarasan proses dan pelaksanaan urus niaga syarikat seperti hantaran notis, perkhidmatan dan / atau informasi produk, hubungan syarikat dengan pelanggan, perlancaran produk baru, promosi syarikat (termasuk promosi bersama dengan penganjur atau penaja syarikat).

  2. 2. Definisi

    Data Peribadi tertakluk kepada perintah perlindungan data, privasi dan undang-undang lain yang berkaitan atau serupa yang merangkumi nama, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, jantina, bangsa, kewarganegaraan, status perkahwinan, alamat e-mel, latar belakang pekerjaan, lingkungan pendapatan, alamat kediaman dan surat-menyurat, informasi dan maklumat perbankan penting, jenis-jenis pinjaman yang dipohon berhubung dengan pembelian harta, dan maklumat-maklumat pihak ketiga seperti orang untuk dihubungi semasa kecemasan, penyewa, wakil-wakil yang telah diberikan kuasa, kontraktor, peguam, dan pembiaya, maklumat perhubungan seperti telefon, nombor telefon bimbit dan faksimili, dan data-data seperti mana yang dibenarkan di sisi undang-undang.

  3. 3. Sumber Data Peribadi

    Data Peribadi yang dikumpulkan dan diproses untuk kegunaan syarikat, diperolehi secara sah daripada sumber seperti berikut:-

    1. Perkhidmatan syarikat seperti perjanjian atau kontrak jual beli dan sewa hartanah;
    2. Borang pendaftaran (cetakan atau elektronik) untuk pelancaran produk baru, pameran bergerak dan aktiviti-aktiviti promosi yang lain;
    3. Borang pendaftaran atau maklumat yang dibekalkan oleh pihak syarikat, pekerja syarikat dan wakil atau ejen syarikat secara rasmi;
    4. Segala e-mel dan surat pertanyaan dan perhubungan yang pihak syarikat terima daripada anda;
    5. Segala informasi dan maklumat yang diterima di laman web syarikat atau laman web yang dikontrakkan oleh syarikat;
    6. Butiran atau maklumat daripada sesiapa yang nama telah dimasukkan dalam senarai untuk tujuan pengesahan maklumat dan butiran pengenalan peribadi anda;
    7. Surat tawaran daripada institusi kewangan (tempatan atau asing) untuk tujuan kelulusan pra-pinjaman;
    8. Kad perniagaan (business card / name card) yang dibekalkan oleh anda kepada pekerja syarikat, ejen, broker atau syarikat bersekutu;
    9. Segala dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk berkanun dan pulangan) yang telah dihantar kepada syarikat untuk pemprosesan.

    Sebagai kesimpulan, tidak terdapat sebarang Data Peribadi yang dibeli oleh pihak syarikat melalui apa jua transaksi komersial atau perdagangan tidak sah yang bertentangan dengan undang-undang.

  4. 4. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

    Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan dikumpul, diguna dan diproses oleh syarikat untuk tujuan-tujuan berikut:-

    1. Penghantaran notis, perkhidmatan dan produk, perkhidmatan pemasaran atau produk syarikat (sama ada produk sedia ada atau produk pelancaran masa depan);
    2. Untuk tujuan persediaan perjanjian dan / atau kontrak pembelian produk atau hartanah daripada syarikat (untuk pelanggan hartanah sahaja);
    3. Sebagai ikatan perhubungan antara syarikat dan pelanggan;
    4. Pengenalan pelanggan bagi perkhidmatan atau produk yang ditawar khas oleh syarikat dan ahli-ahli syarikat kumpulan AIDSB;
    5. Aktiviti pemasaran dan pemprofilan pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk syarikat yang berkenaan;
    6. Penilaian kredit dan semakan latar belakang pelanggan yang dianggap perlu atau sesuai oleh syarikat;
    7. Sebagai rekod dalaman syarikat;
    8. Kutipan atau pungutan bayaran yang tertunggak daripada pelanggan;
    9. Pencegahan aktiviti atau kes jenayah (termasuk dan tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah);
    10. Memenuhi sebarang peruntukan dan perintah undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan atau produk syarikat dan membolehkan syarikat membuat pendedahan data tersebut bawah peruntukan undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, kod yang berkenaan kepada syarikat atau ahli-ahli syarikat kumpulan AIDSB ;
    11. Tujuan yang berkaitan dengan mana-mana seperti di atas (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan perangkaan analisis);
    12. Membolehkan syarikat menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah komunikasi (panggilan telefon atau pesanan ringkas SMS) atau media social yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang terpilih dan syarikat menganggap mungkin sesuai dan akan menarik minat anda, tetapi semasa membuat demikian, syarikat tetap akan mengawal Data Peribadi anda dan syarikat tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda;
    13. Milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah, perkhidmatan pelanggan dan / atau kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kerosakan; dan / atau
    14. Penghantaran milikan kosong, perkhidmatan kelab, program keselamatan dan program kesetiaan pelanggan;
    15. Pemindahan data di antara kumpulan syarikat dibawah AIDSB.

  5. 5. Kesan kegagalan membekal Data Peribadi

    Kegagalan membekal Data Peribadi anda kepada syarikat akan dan mungkin membawa kesan seperti berikut:-

    1. Syarikat tidak dapat menghantar notis, perkhidmatan dan / atau produk sepertimana yang diminta oleh pelanggan;
    2. Menjejaskan keupayaan pihak-pihak yang tertentu untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli yang berhubung dengan jualan hartanah dan / atau produk;
    3. Kegagalan syarikat menghantar maklumat produk sedia ada / atau pelancaran.

  6. 6. Pendedahan Data Peribadi

    Data Peribadi yang dibekalkan kepada syarikat akan disimpan secara rahsia tetapi anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada pihak syarikat untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori-kategori dan pihak berikut:-

    1. Mana-mana pihak yang kami berada di bawah keperluan perundangan untuk mendedahkan Data Peribadi kepadanya di bawah undang-undang terpakai atau sebagai jawapan kepada badan berkuasa, termasuklah agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan/atau pengawal selia industri termasuk tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, pendaftaran tanah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga kepada mana-mana pihak ketiga menurut mana-mana perintah mahkamah;
    2. Mana-mana syarikat yang berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu dan kumpulan syarikat dibawah AIDSB, termasuk syarikat dan anak syarikat yang akan ditubuhkan pada masa hadapan;
    3. Rakan perniagaan dan ahli gabungan syarikat yang menyediakan perkhidmatan atau produk yang berkaitan dengan perniagaan syarikat;
    4. Juruaudit, perunding, akauntan , peguam dan penasihat kewangan atau professional syarikat yang lain;
    5. Kontraktor, subkontraktor syarikat atau penyedia produk dan perkhidmatan yang syarikat anggap perlu atau sesuai;
    6. Syarikat atau entiti pengurusan hartanah yang berkaitan dengan hal pengurusan hartanah pelanggan; dan / atau
    7. Pemilik tanah yang berkenaan, Badan Pengurusan Bersama, perbadanan pengurusan dan/atau pertubuhan penduduk.

  7. 7. Pengawalan

    Pihak syarikat akan menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dalam keadaan yang selamat. Melaksanakan pengawalan dan prosedur pentabiran dan kawalan keselamatan yang selaras dan patuh dengan undang-undang, serta peraturan bagi mencegah pemprosesan Data Peribadi yang tidak sah atau salah di sisi undang-undang, serta mengelakkan kehilangan, kemusnahan atau kerosakan Data Peribadi secara tidak sengaja.

  8. 8. Pemindahan & Perkongsian Data

    Sekiranya dianggap perlu dan sesuai untuk tujuan penyimpanan, pemprosesan data atau menyediakan perkhidmatan bagi anda, syarikat akan memindah Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, seperti kepada subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat-syarikat Amar Iman Development Sdn Bhd, rakan kongsi usahasama, pemilik tanah, Badan Pengurusan Bersama, perbadanan pengurusan, pihak berkuasa dan majlis tempatan, bank, pembekal kemudahan awam dan utiliti, jualan dan/atau sub-jualan dan/atau peguam pembiayaan semula, kontraktor kami, dan/atau pembekal perkhidmatan dan kelas-kelas pihak ketiga yang lain yang dirujukkan kepada di dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi kami, yang mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia.

  9. 9. Hak Akses dan Pembetulan Data

    Anda berhak meminta untuk akses dan membuat pembetulan kepada informasi dan data yang disimpan oleh syarikat, anda berhak:-

    1. Menyemak dan mengenal pasti samada syarikat menyimpan atau mengguna Data Peribadi anda dan membuat permohonan untuk akses kepada data tersebut;
    2. Meminta agar syarikat membuat pembetulan dan mengemaskini Data Peribadi anda yang didapati tidak lengkap, tidak tepat atau tidak dikemaskini.
    3. Meminta supaya Data Peribadi anda disimpan oleh syarikat selagi mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan pengumpulan data;
    4. Meminta agar syarikat menyata dan menjelaskan dasar dan polisi serta prosedur yang berkaitan dengan data dan jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh syarikat;
    5. Berhubung dengan syarikat tentang bantahan anda atas penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran, dengan ini syarikat tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut;
    6. Menarik balik, samada sepenuh atau sebahagian sepertimana yang dibenarkan oleh anda sebelum ini, dengan keadaan tertakluk kepada sekatan undang-undang, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

    Permintaan bertulis bagi akses kepada Data Peribadi, pembetulan, mengemaskini, pemadaman dan / atau menarik balik Data Peribadi, atau maklumat yang lanjut tentang polisi, prosedur atau jenis Data Peribadi, sila rujuk kepada:-

    Nama Syarikat : Amar Iman Development Sdn Bhd
    Bahagian : Bahagian Jualan dan Pemasaran
    Alamat : No. 34, Tingkat 1, Jalan Todak 2, Seberang Jaya, 13700 Perai,Pulau Pinang, Malaysia
    No. Telefon : +604-3978828

  10. 10. Persetujuan

    Jika anda telah memberikan dan masih lagi memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda akan dianggap sebagai telah memberikan persetujuan anda bagi pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami seperti yang telah dijelaskan di dalam Notis ini dan di dalam mana-mana notis yang disampaikan.

    Walau bagaimanapun, anda boleh meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan yang sama pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami seperti berikut:-

    No Tel : (604)397 8828
    No Faks : (604)397 9828
    E-mel : pdpa@amariman.com

    Untuk makluman anda, walaupun anda tidak memberi persetujuan anda (sama ada dengan memberikan Data Peribadi, melalui persetujuan bertulis atau apa-apa cara yang lain), kami tetap dibenarkan untuk mendedahkan atau memberikan Data Peribadi anda jika ianya merupakan keperluan di bawah mana-mana undang-undang atau peraturan. Persetujuan anda tetap akan berkuatkuasa walaupun terdapat perubahan dalam hubungan kami dengan anda, contohnya jika anda bukan lagi klien kami.

back to top