Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Atau RPGT?

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ialah cukai yang akan dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atas keuntungan bersih hasil dari penjualan hartanah.

Cukai tu hanya boleh dikenakan pada keuntungan modal bersih yang positif.

Kiranya, jumlah yang dah tolak harga pelupusan dari harga pembelian dan juga semua caj-caj yang perlu (macam yuran guaman, yuran pentadbiran, bayaran iklan, dan duti setem).

Lepas itu, keuntungan modal bersih tu didarab dengan kadar CKHT/RPGT yang sepatutnya.

Pengecualian untuk CKHT/RPGT:

  1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap dibenarkan pengecualian ke atas keuntungan dari pelupusan kediaman persendirian sekali seumur hidup. Mengikut Akta CHKT, kediaman persendirian adalah bangunan atau sebahagian bangunan yang dimiliki oleh individu atau diduduki sebagai tempat kediaman.
  2. Pengecualian untuk pelupusan hartanah antara ahli keluarga (macam antara ibu-bapa dengan anak-anak, suami-isteri, dan juga datuk-nenek dengan cucu-cucu).
  3. Pengecualian untuk jumlah bersamaan dengan 10% daripada keuntungan terkena cukai, atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap transaksi tak akan dikenakan cukai.

Pada 5 Jun 2020, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mengecualikan cukai CKHT untuk penjualan hartanah dengan syarat:

  1. Hartanah terbabit adalah untuk rumah kediaman saja.
  2. Jualan mestilah dilakukan mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.
  3. Pengecualian ini terhad kepada penjualan tiga unit rumah kediaman saja untuk setiap individu.

Macam Mana Nak Hantar Bayaran CKHT/RPGT

  1. Isi dulu borang Pelupusan Harta Tanah (CKHT/ RPGT 1A). Dengan borang ni kena lampirkan sekali Perjanjian Jual Beli (SPA) dan semua dokumen yang menyokong potongan yang anda nak mohon dari CKHT/ RPGT.
  2. Kalau nak mohon untuk pengecualian CKHT/ RPGT, kena isi juga borang Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 A CKHT 1976 (CKHT 3).
  3. Sebagai penjual, kena pastikan juga pembeli isi borang Sijil Perakuan Penyelesaian (CKHT 4), yang kena bagi sekali dengan salinan Perjanjian Jual Beli.
  4. Dah siap isi semua, serahkan borang-borang tu sekali dengan dokumen-dokumen sokongan di cawangan LHDN yang berdekatan dalam tempoh 60 hari.
  5. Korang jangan risau nak dapatkan borang-borang tu semua ya, sebab pergi je mana-mana cawangan LHDN ataupun download dari laman web LHDN.